BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Jom Kenali Buah-Buahan di Sarawak ;)


Halu Molu Golu People. Teheee... Hari ini, tetiba rasa bersemangat nak memperkenalkan buah-buahan kat Sarawak yang tak boleh didapati di Semenanjung Malaysia. hehe. Sharing is Caring kan.!! ;)

No. 1, Buah Terap. I extremely loikee this fruit. Kalau tengok gambar ni, physically nampak macam buah durian kan. Ada duri-duri. Namun duri buah ni kecik je and tak tajam. Isi nya putih kekuningan dan rasanya sukar untuk di describe kan. Cuba la sendiri ek. Hehe. Namun, ianya hanya didapati pada musim tertentu. Kira bernasib baek la kalau korang pi sarawak dan jupe buah ni. Kalau korang tengok gambar kat bawah ni kan, kulit buah ni nampak sangat tebal. Tapi, tak la susah nak kupas buah ni. Macam kupas limau je. Senang kan! Senang kan! Kalau korang nak tau, buah ni tak boleh di ambil masa die masak. Sebab kalau dah masak dan jatuh, memang tak boleh diselamatkan lah. Hancuss berderai.. Kempunan la jawab nyer T_T



Buah Terap. Juga terdapat di Sabah ye!! Tarap!!

Nyummy. Lazat banget.!! Dan biji nya boleh digoreng. Sedapp ah. ;)


No. 2, Buah Dabai. I panggil buah ni Dabey.. Hehe. Physically, nampak macam buah kurma kan.
Berwarna hitam dan isinya kekuningan sedikit. Buah ni selalunya dijadikan lauk dan dimakan bersama nasik. Ianya tak boleh dimakan begitu sahaja sebab agak keras sedikit. Perlu direndam bersama air panas macam Maggi. Dan diletakkan sedikit garam. Jangan letak banyak sangat garam, memamg tak sedap. Fuhhh..!!
Mok Dabey Plizzzz.... T_T [selingan bhasa sarawak ;)]



No. 3 merangkap yang terakhir sekali, buah Engkalak. Pronounce betul-betul ye. Eng-ka-lak. Haha. Buah ni nampak macam buah hutan je kan. Memang buah kat dalam hutan pon. Kan Orang Sarawak tinggal dalam Hutan seperti yang didakwa orang yang tak bertamadun dalam FB baru-baru ni. Who cares?? Orang yang tak bertamadun nie merapatkan lagi kesatuan kami. Terima kasih..!! Haha.. Emo seketika. Tehee ;) Sambung balik. Buah ni kalau nak makan kena rendam dengan air panas seperti buah dabey. Jangan lupe kasik garam. Kalau tak, memang tak sedap.

Okay. Dah habis dah. Selamat mencuba. Tata.. *Love*

Posted by Picasa

1 kumenn ;):

Yuli said...

Ssuka post ini. Terima kasih.