BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

kesetiaan

Setia??
Pernahkah anda berfikir untuk setia pada kekasih anda??
Aku pasti semua orang inginkan kesetiaan..
Namun, persepsi aku terhadap kesetiaan dalam entry ini agak berlainan sedikit..

Apa guna kita setia andai kesetiaan itu hanya untuk menjaga hatinya..??

Apa guna kita setia andai kesetiaan itu hanya disebabkan anda sudah lama berpasangan dengannya...??

Apa guna kita setia hanya disebabkan kemungkinan anda tidak berani menanggung risiko yang anda tidak akan menjumpai penggantinya...??

Kesetiaan seperti ini akan memusnahkan segalanya. Disebabkan perkara sebegini lah ramai yang bercerai-berai setelah mahligai dibina. Allah telah menentukan jodoh kita. Jadi, usah lah kita risau akan jodoh kita. Yang penting kita haruslah berusaha. Kalau bukan di usia muda, mungkin jodoh anda ditemukan pada usia tua. Siapa tahu ketentuan-Nya. Pernahkah anda berfikir untuk setia tetapi dalam masa yang sama memberi kebebasan pada pasangan anda untuk memilih yang terbaik buat dirinya.?? Oh, tentu tidak kan. Tak semua orang berfikiran sebegini. Namun, aku amat percaya pada prinsip ini. Ia membuatkan kita lebih tenang dan gembira dalam meniti arus dunia yang serba mencabar ini.

Teringat aku pada cerita Ketika Cinta Bertasbih yang menjadi bualan hangat pemuda-pemudi sekarang. Khairul Azzam telah ditimpa kemalangan semasa membuat persiapan untuk majlis perkahwinan nya. Kaki nya telah patah dan memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Namun, di kala dia dilayar arus gelombang dia sempat berfikir secara rationale untuk memberi kebebasan kepada tunang nya untuk mencari pengganti yang sesuai jika tunang nya itu tidak sabar menunggu dia sembuh. OH, betapa mulia nya hati nya.. ;)

LIHAT DI SINI..Ketika Cinta Bertasbih 2 (part 11/13)


Begitu juga kepada adiknya Ayatul Husna yang bakal menikah pada hari yang sama dengan abangnya, khairul azzam. Dia memberi keizinan kepada tunangnya untuk mencari pengganti nya seandainya tunangnya itu tidak dapat menunggu dirinya yang harus menjaga abangnya (khairul azam) yang sakit. Bagi dirinya, tunang bukanlah satu ikatan yang mengikat perhubungan mereka. Jadi, itulah keputusannya.

Bagaimana pula kita? Mampukah kita??

-sekian-

p/s: Hanya sebagai renungan. Pendapat gadis semata-mata. ;)

2 kumenn ;):

~cAhaYap3tUnjUk~ said...

hehehehe~ betul3... (ape yg btul ntah??=p) kadang2 kite perlu melepaskan org yg kite sayang utk melihat dorg bahagia... btul tak? percaya pada jodoh krn Allah dah tetapkan sejak azali... mudah2an kite semua dpt jodoh yg baek2 ye segeh... pray a lot!!~ =D

SeGeh is Ngekz said...

hahahaa~~!! Thanx yo.. Aku rela melepaskan daripada bermadu di kemudian hari..muahehhe.. Marilah kita sama2 berdoa yang terbaek buat diri kita..tehee..woott~~!!