BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

BEAUTIFUL LIFE

Assalammualaikum my sweetie and beautiful entourage! dah lama rasanya tak membelog kat sini.. hehe. al-maklum lately saya sangat sibuk dengan kerja. Hari nie tetiba rasa nak bercerita macam mana saya boleh hanyut dalam pekerjaan saya sekarang. Almaklum SPM result will come out soon. Hopefully, para pembaca or adik2 yang tamat form 5 boleh pilih jalan yang terbaik unutk mereka tempuhi suatu hari nanti.

ok. Perlayaran saya bermula setelah tamat form 5;
Berbekalkan 2A1 5A2 5B = 7A 5B, alhamdulillah saya diterima masuk ke Labuan Matriculation College. Dalam pada itu, saya juga telah mencuba beberapa interview untuk beberapa kolej agama. hehe. Almaklum masa tu belum tahu arah tuju kat mana. Tak apa, yang penting saya mencuba & at the same time dapat pengalaman baru. Akhirnya saya membuat keputusan untuk menyambung pelajaran di matrik.

Di matrik, suasananya agak berbeza dengan sekolah. Tekanannya memang terlalu hebat. Kalau anda lalai, anda akan kecundang dan berbekalkan result yang cukup makan. Saban hari saya menangis mengenangkan tekanan tersebut sampaikan satu tahap, saya sering membawa diri ke surau kolej untuk mencari ketenangan. Di situlah saya mendapat kekuatan mengharungi hari mendatang. Alhamdulillah, final result memuaskan. (3.95) Tapi, apakah bidang & bagaimanakah saya memilih bidang saya sekarang??

Berbekalkan result tersebut, bagi saya untuk menjadi seorang doktor adalah tidak mustahil. Tapi, mampukah saya mengharunginya kelak? Bersediakah saya menghadapi tekanan-tekanan mendatang? After tamat matriculation, sya pernah ditawarkan scholarship SHELL untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Namun, saya tolak tawaran tersebut dengan alasan FOBIA DARAH! hee ;) Tak tipu, sya memang fobia darah! muahaha.. =p

Sebelum saya membuat keputusan untuk permohonan ke universiti, sya terlebih dahulu meminta pendapat mentor sya & lecturer saya di matrikulasi. Mr. Zul & Ms. Garang @ Rosalia. Saya percaya mereka lebih berpengalaman dalam hal-hal macam ini. Alhamdulillah, Bidang Farmasi menjadi taruhan saya! And till now, i never regret it. Berbaloi-baloi.

Pesanan untuk adik-adik di luar sana, jangan ingat yang pakai lab coat putih kat hospital tu semuanya doktor.. Tapi, half of them are pharmacist! Oleh itu, jangan terlepas pandang course ini. Saya sebagai Provisional Registered Pharmacist menyarankan anda di luar sana especially SARAWAkian aware pasal course ini .. Pilihlah Pharmacy sbgai bidang anda! haha..

Sekian daripada sya pharmacist yang tidak pernah menyesal dengan jalan yang dia pilih sekarang =)

Thank you Allah.





0 kumenn ;):