BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

12 Rabiul Awal = 26 ♥ 2 ♥ 2010

12 Rabiul Awal tahun gajah mengikut kalendar islam merupakan tarikh penting kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Pada tahun ini, maulidur Rasul jatuh pada hari Jumaat bersamaan 26.2.2010. Namun, aku tak nampak & tak rasa sambutan maulidur rasul kali ini macam tahun-tahun sebelum nya terutamanya semasa aku di sekolah menengah. Yang aku nampak hanyalah perarakan sekumpulan lelaki bermotosikal yang agak berusia di Jalan TAR semalam bersama sepanduk mereka. Dan persiapan perarakan kakitangan HUKM beberapa hari sebelum tarikh tersebot. Adaka aku yang tak kisah? Adaka kita yang lupa??

Alangkah gembiranya jika aku boleh kembali kat zaman sekolah dulo2. Akan ada pertandingan perarakan peringkat asrama antara lelaki dan juga perempuan. Malam sebelum perarakan, semua berkerjasama menyiapkan sepanduk dan ada juga yang membuat kaabah untuk dijunjung semasa hari perarakan. Tak lupa juga ngan bunga mangga. Setiap tahun, akan ada bunga mangga yang macam tak cukup makan, kering je. Hihi.. Wah!! i really miss that moment.. ;) Yang lelaki lengkap berpakaian baju melayu & bersamping, yang perempuan pula memakai baju seragam mengikut asrama. Ada yang pakai baju seragam asrama, ada yang pakai seragam sekolah, ada yang pakai baju sekolah tapi kain digantikan dengan kain pelikat atau kain batik. Hahahahha.. Segal la masa ni. Budak lelaki kalau bab kutuk pompuan nie no. 1.." Eh..korang pinjam kain pelikat sapa tu?? " Confirm ada yang perli.. Memang sengal tahap dewa naga. Pada hari perarakan, perarakan akan dimulai dengan barisan guru & kakitangan, diikuti jemaah BADAR & PENGAWAS, & perarakan asrama. Untuk yang tidak terlibat dalam perarakan, mereka akan berdiri di sepanjang jalan & turut sama melafazkan solla' alaikallah..

Lyric صلى عليك الله

صلى عليك الله يا عدنان عدنان
يا مصطفى يا صفوة الرحمن رحمن
الحمد لله الذي أعطاني أعطاني
هذا الغلام الطيب الأردان أردان

قد ساد فى المهد على الغلمان غلمان
أعيذه بالبيت ذي الأركان أركان
حتى أراه بالغ البنيان بنيان
أنت الذي سمية في القرآن قرآن

أحمد مكتوب على الجنان جنان
صلى عليك الله في الأحيان أحيان
أحمده في السر والبرهان برهان
حقا على الإسلام والإيمان إيمان

أحمده في السر والبرهان برهان
حقا على الإسلام والإيمان إيمان
يا ربنا بالمصطفى العدنان عدنان
اغفر ذنوبي ثم أصلح شأني يا الله



*Tengok betul2..pakai kain pelikat kan.!! Hahahah.. Ni perarakan asrama Siti Zubaidah aka asrama aku la. Masa form 3 kot"
*Yang hitam kat tengah tu Kaabah kitorang *
*Bunga biru putih tu bunga mangga yang rompong.macam gigi rompong" haha.. ;)

Sebenarnya, terdapat banyak peristiwa yang berlaku pada bulan Rabiul Awal ni. Kalau nak tahu, aku sertakan link nya di sini.
Info Rabiul Awal & Maulidur Rasul

p/s: buat diri sendiri & kawan2. jangan leka pada bulan omputeh smpai tak tahu apa yang jadi mengikut kalendar islam ;) selamat mencedok ilmu

*love*
Yang ketandusan ilmu aGama


0 kumenn ;):