BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Trip to Kota kinabalu Part II

Peeps! I Fall In Love with Kota Kinabalu..hehe ;) Assalammualaikum & hello..

ok.Let's talk about day 2 in Kota Kinabalu.. Ok. Bermula jam 8.00 pagi aku & adik Dah kuar dari hotel..badget nak pusing2 tengok kawasan sekeliling sementara tnggu my friend's bf dri labuan sampai ke KK..hotel radiental ni dekat depan le maridien..jalan depan sket da jmpa centre point..ah, mmg senanglah! Pusing2 jmpa tpt tu lagi.hee ;)

Ok. After breakfast kat kedai mamak, makan roti canai..pastu kitorang p warisan square..wah! Sgt canteq shopping complex ni..(refer to picture below)

Then, kitorang singgah jap kat pasar ikan buang sisa2 toksik..hahhaa!! lepas tu kitorang p pasar filipine usha2 kerongsang chanteq! Wah! Sngt murah kerongsang kat situ..Korang kene pandai pilih kedai la.. Yeaahaa!

kol 12 tengahari kitorang check out dari hotel tu & g jmpe bf cidot! Dia dah book 1 bilik kat api2 centre..Pastu simpan barang kat bilik die..First impression: wah, burok siot bilik ni! Lagi hampeh dari hotel radiental..sob..sob ( adik & aku saling berpandangan) hahaha..

Sementara tnggu cidot dari KL samapi ke KK, kitorang p la tengok cite world
Invasion kt centre point..rm5 je movie kt cnie..sgt murah! Hoho.. Habis je tengok movie tu, ktorang pon balikla ke hotel n check in bilik lain kt hotel api2 tu..--> alasan sebenar: sbb battery iphone da flat..xleh amik pic lagi..hahahaa..! Bilik tu not bad la compared to en.muiz a.k.a bf cidot punya bilik..hee..rm80 utk 3 bed..okla..bilik pon besr & bersih..but, tadak Astro! Hoho

aktiviti lepas tu tido & solat kt hotel..Malam baru keluar balik & g makan ikan bakar kat pasar malam..okla..not bad! Tapi, i rsa seafood kt kuching lagi sedap & fresh! Sorry org KK! Heee ;)

After makan2 kitorang jalan kt watetfront tu..tempat mmg cantik tapi harga makanan pon cantik! Hahaa..kalau nak honeymoon bleh la makan kat situ..udara sepoi2 bahasa sbb waterfront ni mmg kt tepi laut..hah! Nama lagi waterfront!hahaa..

Then, aktiviti last kitorang hari tu ialah KarOke!! Yahooo! I love karoke!! Hahaa..eh, lupa nak bagitau..karoke kt sini ada dekat atas centre point..rm20 per hour for 1 room plus free minuman..for me, ini dah kira murah compared to karoke kt kuching..sampai situ je aktiviti litorang for day 2..day 3 plak kitorang p pulau...lalallaa~ tngguuu my next entry..

Love

Escape From Work and Going to Kota Kinabalu (Trip main redah jee )

assalammualaikum w.b.t. hehe..

Dah lama rasanya tak update blog. Tetiba rasa nak update sbb terlalu excited nak cite kat korang trip saya ke kota kinabalu, sabah selama 6 hari 5 malam. hee.. dapat jugak kitorang escape jap dri kije..plus2, mase tu ade audit! hoh! lega gila tak kije masa tu..lalalla..

Ok. Perjalanan saya bermula di sini. Hari Jumaat, genap jam 12.15 am kami sampai ke Kota Kinabalu International Airport. Malam tu ingatkan nak tido kat airport je, tapi sebab pikir nak jalan esok pagi..konfem x larat klu tido kt sana. So, saya pun amik brochure2 kat kaunter tourism tu & survey hotel2 yg murah. Finally, ada 1 bilik kosong malam tu. Sya dan adik pun terus naik taxi pegi ke hotel tersebut.

(TAMBANG Taxi = RM45 sbb tengah malam, klu x, RM30 je)
eh, lupa nak cakap. Kalau nak naik taxi & tak nak kena tipu oleh driver tu, lebey baik anda beli tiket kat kaunter taxi betul2 kat pintu keluar masa arrival..

hmm..Nak citer balik pasal hotel. Kalau tengok dari luar, wah cam hampeh je hotel ni. Tapi bile masuk, woww!! berbaloi-baloi. Siap ade astro lagi.. Memang kat tengah bandar. Nak pi mana2 jalan kaki pon buleh.. Malam tu, tido kol 2 pagi sebab layan adik tengok WWE! sonok jugak ae..hahahha...

see..ok kan! rm80/ night!

ada astro lagi..tv plasma lak tu =D

Actually ada banyak hotel kt sabah, asal pandai cari je & ikut keselesaan masing2..
bagi saya, ini cukup memadai..

p/s : for those yg ade iphone or kawan2 sekutu dengannya, masa ni lah map app. sangat berguna.. Nak pi mana2 tengok je direction kt map tu..heee =)
sampai sini aja ye..nanti cite lagi...

Love

BEAUTIFUL LIFE

Assalammualaikum my sweetie and beautiful entourage! dah lama rasanya tak membelog kat sini.. hehe. al-maklum lately saya sangat sibuk dengan kerja. Hari nie tetiba rasa nak bercerita macam mana saya boleh hanyut dalam pekerjaan saya sekarang. Almaklum SPM result will come out soon. Hopefully, para pembaca or adik2 yang tamat form 5 boleh pilih jalan yang terbaik unutk mereka tempuhi suatu hari nanti.

ok. Perlayaran saya bermula setelah tamat form 5;
Berbekalkan 2A1 5A2 5B = 7A 5B, alhamdulillah saya diterima masuk ke Labuan Matriculation College. Dalam pada itu, saya juga telah mencuba beberapa interview untuk beberapa kolej agama. hehe. Almaklum masa tu belum tahu arah tuju kat mana. Tak apa, yang penting saya mencuba & at the same time dapat pengalaman baru. Akhirnya saya membuat keputusan untuk menyambung pelajaran di matrik.

Di matrik, suasananya agak berbeza dengan sekolah. Tekanannya memang terlalu hebat. Kalau anda lalai, anda akan kecundang dan berbekalkan result yang cukup makan. Saban hari saya menangis mengenangkan tekanan tersebut sampaikan satu tahap, saya sering membawa diri ke surau kolej untuk mencari ketenangan. Di situlah saya mendapat kekuatan mengharungi hari mendatang. Alhamdulillah, final result memuaskan. (3.95) Tapi, apakah bidang & bagaimanakah saya memilih bidang saya sekarang??

Berbekalkan result tersebut, bagi saya untuk menjadi seorang doktor adalah tidak mustahil. Tapi, mampukah saya mengharunginya kelak? Bersediakah saya menghadapi tekanan-tekanan mendatang? After tamat matriculation, sya pernah ditawarkan scholarship SHELL untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Namun, saya tolak tawaran tersebut dengan alasan FOBIA DARAH! hee ;) Tak tipu, sya memang fobia darah! muahaha.. =p

Sebelum saya membuat keputusan untuk permohonan ke universiti, sya terlebih dahulu meminta pendapat mentor sya & lecturer saya di matrikulasi. Mr. Zul & Ms. Garang @ Rosalia. Saya percaya mereka lebih berpengalaman dalam hal-hal macam ini. Alhamdulillah, Bidang Farmasi menjadi taruhan saya! And till now, i never regret it. Berbaloi-baloi.

Pesanan untuk adik-adik di luar sana, jangan ingat yang pakai lab coat putih kat hospital tu semuanya doktor.. Tapi, half of them are pharmacist! Oleh itu, jangan terlepas pandang course ini. Saya sebagai Provisional Registered Pharmacist menyarankan anda di luar sana especially SARAWAkian aware pasal course ini .. Pilihlah Pharmacy sbgai bidang anda! haha..

Sekian daripada sya pharmacist yang tidak pernah menyesal dengan jalan yang dia pilih sekarang =)

Thank you Allah.