BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Aku & CNS Side Effect


*Sekadar Hiasan Di Taman Mini Saya*

Oh.!! Ini kisah Aku & CNS side effect. Haha. Macam kisah "Aku sebatang pen" la plak.!! Macam je la, tapi tak serupa. Hoho. CNS stand for Central Nervous System yang meliputi otak dan saraf tunjang kita. Alkisahnya begini, di suatu hari aku dan si "Z" baru lepas clerk case kat ward. Macam biasela, berdiri kat depan katil patient sehingga kaki rasa nak patah, badan rasa nak terseliuh, and tengok patient nyer progression notes and medication chart sehingga rasa nak nausea and vomit. Huh~~!! Tired ukeyy~~!! Lepas mengalami beberapa simptom seperti di atas, kebiasaanya kitorang akan balik ke bilik rhesus konon-konon nye nak memahami case tersebot la. Tapi selalunye, memang aku tak kan faham case tersebot sebab dah terlampau penat, mana la otak aku nak berfongsi lagi. Aishh..

Di dalam lif, ntah nape tetibe aku tak tahu bilik rhesus tu kat level mane. Seingat aku level 0. Yang kawan aku sorang ni pulak tak main peranan langsung, diam je di sepanjang perjalanan. Dah sampai level 0 tu, aku pun keluar. Kawan aku plak stay je kat dalam lif tu. Tengok punyer tengok sekeliling, rase macam kat carpark. Dalam hati tetiba terlintas "Haa. Dekat ngan bilik mayat". Aduyai, aku segera tekan lif tersebot dengan rakusnya dan menjerit panggil kawan yang tiada peranan itu disebabkan ketakutan menguasai diri, namun usaha ku gagal. Dan tetiba aku merasakan kepala aku berat semacam + mata berpinar-pinar petanda maw pitam + aku seolah-olah lemas dengan kawasan tersebot. Dan aku mula bermonolog dalaman "Eh, aku kene CNS side effects ke ni??? Ada bahan kimia ke yang menyebabkan aku sebegini?".. persoalan demi persoalan muncul di fikiran. Aku berusaha sedaya upaya mencari jalan keluar, dengan keadaan yang membongkok, sebelah tangan pegang kepala dan sebelah lagi meratap mencari jalan keluar. Namun usahaku gagal lagi!!

Cari punyer cari, aku jumpe pintu kecemasan. Tapi, aku hanya nampak bayangan hitam yang mempunyai susuk tubuh macam manusia. teettttt..!! Hantuu~~~!!!! Lantas aku segera menutup pintu kecemasan tersebot.. Huhuhu.. T_T

Tapi aku tak berputus asa. Tetap gak nak menyelamatkan diri dari CNS side effects tersebot Dan tetiba, aku terdengar 2 orang dokte ngah berdebat pasal patient diorang. Dengan muke tak malu aku mintak tolong. Help me...!!! Help me...!!! (~betul macam orang da nak mati cari air kat Gurun Sahara seperti dalam komik Doraemon yang aku suke baca masa kecik2 ).. Betapa malang nasibku masa tu sebab dokte tu tak layan aku langsung. Sebok berdebat je. Aisshh... Huhuhu. Kemudian muncul satu lembaga yang tinggi kat depan aku. Dia berkata "Eh, ni ko punyer hanger ker?? Aku lupe nak kasi balik." Akhirnya aku pun terjaga. Hahahahahah... Rupenyer CNS side effects tu hanya mimpi jer. MUahahaahaha... Kalau nak tau, sebenarnya ni terjadi ada kaitan ngan real life aku sebab sebelum tido tu, ayat terakhir aku bace ialah "Maxolon and H2-antagonist boley menyebabkan CNS side effects in elderly" Hihihihihiihi.. Takkan aku lupe sampai bila-bila sentence ni. Kalau tak percaya, budak farmasi taon 4 leh bukak note GERD. Slide ke-2 paling hujung.. ~Lalalalallalalalal... ;)

p/s: Bacalah note sebelum tido. Insyaallah masuk dalam mimpi... Teheee... Woott~~!!
*Selamat mencuba*
*Love*

5 kumenn ;):

Miss Lula said...

baca novel chenta before tidur lah.. muahahhaa~

SeGeh is Ngekz said...

hahaha..tade masa la miss lula..klu baca nanti, masuk mimpi lak..teheee..woott~!!

~cAhaYap3tUnjUk~ said...

sengal~ hahahaha

zac zirwan said...

oit..aku igt cns tu chop n stick kt kg baru tu..kui3

SeGeh is Ngekz said...

nur petunjuk: muahaha~~!!

zac: hamboi..hamboi..ingt makan je ek.mntang2 entry sblm nie pasal UW..haha.~sengal.. ;)